Thursday, February 25, 2010

Expose de Scene 2010!!!

 
Porosus Team (Team Buaya)
(gambar tak termasuk Haziq)



Expose de scene adalah nama bagi perkhemahan akhir untuk subjek rekriasi luar semester 2 pelajar pengajian sukan. Kem ini diadakan di Kem Murni, KG Jahang Gopeng Perak. Kem ini diadakan selama 6 hari bermula 13-18 februari 2010. Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ini ialah pelajar UITM dari kampus Shahputra, Shah Alam, Jengka dan Instedt. Jumlah pelajar semasa kem ini ialah sebanyak 123 orang. Kem ini dijayakan secara kerjasama dari Pembimbing Rekriasi Luar UITM (PERLU). Semasa kem ini dijalankan, banyak aktiviti- aktiviti yang dijalankan seperti caving, tubing, camp craft, low ropes course, navigation dan survivor. Dalam banyak2 aktiviti yang dijalankan, aktiviti tubing adalah yang menarik dan seronok. Ini kerana aktiviti ini melibatkan air. Jadi kami yang memang jarang2 dapat mandi semasa  kem ini berlangsung dapatlah mengambil peluang mandi sambil beraktiviti. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah semasa hari pertama. Kami dipanggil untuk makan selepas semua penat mendirikan tapak perkhemahan. Dengan perut yang sangat lapar. Memang otak hanya fikirkan makanan. pada masa itu aku makan bersama sam dan haziq seingt aku. menu malam itu ialah nasi goreng dan sup sayur. memang sedap klao perut tgh lapar. tp yang sedap nya lagi apabila memandang sup itu ada makanan tambahan. katak. sesedap hati die je berenang2 dlam sup kami. x tau ble die singgah di situ. tp ape bole bwat. sup dh dituang ke dalam nasi. dengan perut yang sangat lapar. kami lupekan pasal katak dan makan dengan hati yang girang. memang sedap. terima kasih kepada sesapa yang masak. blurrpp... pangalaman yang paling best ialah semasa aktiviti tubing. itu adalah pengalaman pertama aku. melunsur sana, melunsur sini.. fuh.. bebas beb. tp keselamatan tetap kena jage. mase aktiviti ni aku hanya 3 kali jatuh. permulaan yang baik.. tu pun sebab x pandai lagi nak seimbangkan badan. perkara buruk juga ada berlaku. tapi bukan kat aku. ia terjadi kat team mate aku. lapo sangat agaknya. makanan hape ntah yang die telan. orang suruh bwat test n saba.. die terus g telan. kan dah gedabak bibir ko. tapi x pe.. itulah pengalaman. pengalaman mengajar kita. hee.. ape2 pun memang banyak yang kami belajar semasa kem ini. sangat berguna untuk kegunaan masa hadapan. thank to all............

No comments: